PUNCA-PUNCA JERAWAT
1.
HORMON
Pada umur remaja (12-19) tahun, kalenjar sebaceous
mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum(minyak) di bawah pengaruh
hormon androgen berbanding setelah
meningkat dewasa. Di samping itu, ada juga di kalangan orang dewasa mempunyai
masalah ketidakstabilan hormon sehingga mengakibatkan jerawat bernanah tumbuh dengan banyak di muka
mahupun belakang badan.
2.
BAKTERIA
Bakteria Propionibacterium acnes adalah sejenis bacteria
yang biasa dijumpai dalam sel kulit. Sumber makanannya adalah sebum dan sel-sel
mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai bacteria tersebut
dalam kuantiti yang lebih tinggi berbanding kulit orang yang tidak berjerawat.
3.
STRESS
& JERAWAT
Stress yang melampau boleh menggalakkan
rembesan hormon androgen yang banyak sekaligus
menjadi punca pertumbuhan jerawat terutamanya di bahagian dahi.
4.
PEMAKANAN
Makanan yang berminyak juga menjadi penyumbang kepada
pertumbuhan jerawat kerana kandungan minyak yang diserap oleh sel-sel di dalam
badan dan TIDAK DISINGKIRKAN akan menjadikan kulit anda lebih mudah berminyak.
Jadi, kurangkan makan makanan yang berminyak dan mula amalkan diet yang sihat.
5.
ALAT
SOLEK
Alat solek yang tidak dibersihkan kebiasaannya mengandungi
kandungan bakteria kerana kita kerap menggunakan alat solek pada bila-bila masa
sahaja. Pastikan anda membersihkan alat solek anda sekurang-kurangnya 2 minggu
sekali bagi menjamin kebersihan alat itu.
![]() |
| Masalah Kulit Berjerawat |
1.
DAHI
Haba badan
melampau, peredaran darah tidak baik. Mengalami stress dan mengakibatkan badan
dan minda menjadi letih. Kebiasaannya kumpulan ini bersifat panas baran.
2.
HIDUNG
Jerawat di
batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung
hidung mungkin kerana haba perut terlampau tinggi dan sistem penghadaman tidak
normal. Di salah satu hujung hidung pula dikaitkan dengan ovary atau system
reproduksi.
3.
DAGU
Fungsi
buah pinggang terjejas atau system endokrin (rembesan dalaman) lemah.
Kebiasaannya kaum wanita mudah mendapat jerawat di bahagian dagu akibat haid
yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
4.
PIPI
KIRI
Fungsi
hati kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan
penghasilan darah.
5.
PIPI
KANAN
Paru-paru
tidak berfungsi dengan baik.
6.
BADAN
(BELAKANG & DEPAN)
Sistem
perkumuhan yang bermasalah (sembelit). Amalkan pemakanan yang tinggi fibre
untuk menyingkirkan toksin dengan mudah.

No comments:
Post a Comment